Koleksi Paten Langsir
Saya paparkan beberapa paten langsir terkini dan lama untuk tatapan anda. Semoga paten ini boleh dijadikan idea untuk anda menghias rumah. Sebahagian foto langsir berikut adalah langsir pelanggan saya. Saya juga menerima tempahan langsir dan juga menjual kain langsir jenama Elyza's. Selamat menjamu mata, diharap anda sudi luangkan masa mencoret sesuatu jika ada komen dari anda.
Wednesday, August 10, 2005
Paten Langsir Roll Pleat

Paten Langsir ROLL PLEAT.
Nama lain untuk paten langsir ini, "Smocked Pleat" atau "Tie Pleat". Paten langsir ini, amat jarang sekali mendapat tempat di pasaran Malaysia. Walhal patennya menarik dan ringkas. Saya suka melihat paten ini yang bentuknya seperti Tali Leher.
Gambar langsir ini adalah rumah pelanggan saya yang menggunakan kain langsir Elyza's.
Paten Langsir Smocking Pleat

Teknik jahitan langsir ini, adalah sama dengan teknik paten langsir Box Pleat. Dari bahagian kepala langsir, turun 5" untuk dibentuk menjadi teknik Smocking. Bezanya adalah saiz Box Pleat (lipatan). Saiz lipatan mestilah kecil untuk mendapatkan bentuk smocking yang menarik.
Di negara barat, mereka ada jual pita langsir smocking. Ada 6 jalur tali jahit pada kain langsir dan tarik tali berselang hingga menjadi bentuk smocking.
Langsir Cross Stitch

Langsir ini, adalah hasil kerjatangan saya yang pertama. Oleh kerana terlalu minat dalam senijahitan, maka saya telah mencipta Langsir Cross Stitch. Hiasan Cross Stitch hanya pada bahagian atas (kepala langsir) sahaja.
Saya jahit paten buah lemon kuning dan buah limau nipis warna hijau. Jahitan diselang selikan dengan 4 paten buah.
Langsir ini, adalah langsir dapur rumah saya.
Tuesday, August 09, 2005
Paten Langsir Box Pleat

Paten Langsir BOX PLEAT.
Berikut adalah koleksi paten langsir "Pleated" yang bermaksud lipatan. Susunan lipatan selisih, susun kipas, susun kedepan ('reverted pleat') atau susunan kedalam ('inverted pleat').
Asal paten langsir ini, adalah dari bentuk fesyen skirt. Dari situ, pereka mendapat idea untuk dijadikan hiasan langsir.